klik sini pun boleh..:-)

August 10, 2009

bila kelapangan tiba...renungkan is bersama..

asslamualaikum...
erm dah habis dah kelas tuk hari ni..alhmadulillah...tadi waktu ana tengah duk2 diam kat ruang legar fakulti..ada lah seorang hamba Allah ni mengagih2kan risalah..then ana dapat satu..erm risalah berbentuk tazkirah..sudilah juga ana nak share ngan saudara2 ana kat luar sana..salaing ingat mengingati tu lah konsep persaudaraan sebenar bukan...

lets to begin ok..?

tajuk tazkirah dia simple...'sangka-sangka'...
erm apalah yang ada pada sangka2 ni ek..?

sangka yang pertama bunyinya macam ni..?
'" jika engkau bertemu dengan seseorang..maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu..ucapkanlah dalam hatimu..: " mungkin kedudukannya disisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku.."

kedua:
jika bertemu dengan anak kecil,maka ucaplah dalam hatimu: "anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya..tentu anak ini lebih baik dariku..

ketiga:
jika bertemu dengan orang tua, maka ucapkanlah dalam hatimu: " dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku..pasti dia lebih baik dari ku...

keempat:
" jika bertemu dengan orang yang berilmu,maka ucapkanlah dalam hatimu: " orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperoleh, kedudukan yang tidak pernah aku capai,mengetahui apa yang aku tidak ketahui,dan mengamalkan ilmunya, tentu dia jauh lebih baik dariku.."

kelima:
jika bertemu dengan seorang yang bodoh,maka katakanlah dalam hatimu: " orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh(tidak tahu),sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya..dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan akhir umurnya kelak..dia tentu lebih baik dariku.."

keenam:
jika bertemu dengan orang kafir..maka katakanlah dalam hatimu..:' aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak,mungkin diakhir usianya,dia memeluk islam dan beramal soleh..dan mungkin boleh jadi diakhir usianya diriku kufur dan berbuat buruk..(nauzubillah)...

p/s:
erm sekarang islam mengajar kita agar sentiasa bersangka baik terhadap yang lemah dan yang sebaliknnya..islam tidak mengajar kita agar menghina seseorang waima dalam kehidupannya..dia sering melakukan maksiat...
kita patut bersyukur kerana bernasib baik dilahirkan dalam keadaan yang harmoni,dapat mengamalkan cara islam yang sebenar..tapi sahabat2..jgn lupa pada mereka yang tak bernasib baik..gunakan ilmu yang ada tuk mendidik mereka..agar kita bersama2 hidup harmoni dalam dakapan redha dan kasih sayang Ilahi..amin...
berakhir disini dulu..wasslam...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...