klik sini pun boleh..:-)

August 16, 2009

buatmu bernama wanita....

Inspirasi Dari Bidadari


Dalam banyak-banyak kerjaya, agak-agak anda lah kan, kerjaya apa yang paling saya kagum sekali?

Cikgu? Saya kagum juga dengan peranan cikgu sebagai pendidik. Tapi bukan cikgu yang paling saya kagum sekali.

Ustaz? Em… saya kagum dengan Ustaz yang menjaga agama dan berusaha menyebarkannya. Tapi bukan itu yang saya kagum sekali.

Professor? Saya memang sangat kagum dengan prof-prof yang handal, mengkaji pelbagai kajian dan menemui pelbagai pertemuan baru. Tapi bukan itu yang saya kagum sekali.

Atlet? Saya kagum dengan kehebatan mereka, stamina mereka, kebolehan mereka. Tapi mereka bukan yang paling saya kagum sekali.

Artis? Em… Saya kagum dengan artis yang jaga syara’ dan menjaga dirinya agar tidak tersungkur di lembah yang Allah marah. Tapi itu pun bukan yang paling saya kagum sekali..

Tahu apa kerja yang paling saya kagum?

Bidadari di dalam rumah atau pendeknya:

Suri rumah.

Perempuan yang berkahwin, baik yang bekerja atau tidak, mereka akan mempunyai satu tanggungjawab yang sama:

Suri rumah. Hendak tidak hendak, perempuan akan menguruskan hal-hal dalaman rumah tangga. Biasanya, perempuan akan menguruskan makan minum, kemas rumah, basuh pakaian dan melayan anak-anak.

Saya tak mahu la kata itu semua memanng kerja perempuan. Saya jujurnya tak setuju pun perempuan ini dibebankan dengan memasak, kemas rumah, basuh pakaian. Saya nampak, perempuan ini tugasnya adalah menjaga dan mendidik anak-anak agar membesar menjadi orang yang Allah redha.

Tapi, realiti hari ini, begitulah perempuan. Dia kena masak, dia kena basuh pakaian, dia kena kemas rumah, dia kena layan anak-anak.

Saya pernah dengar penceramah kata: “Yang lelaki, goyang kaki, baca surat khabar”

Entah. Saya tak tahu nak kata penceramah itu betul atau tidak. Lelaki kena jawab la kan? Tapi insyaAllah, nanti saya tak akan goyang kaki baca surat khabar. InsyaAllah, saya akan tolong isteri saya di dapur dan bantu dia lipat baju(pakai hanger je la) dan sidai baju dan kemas rumah dan tarbiyah anak-anak. Saya akan usaha. Cuma takut isteri saya je tak bagi. Ya la, sayang dengan suami. Alhamdulillah…

Dalam realiti perempuan suri rumah hari ini, ada satu perkara saya terinspirasi. Pendek kata, saya jadi termotivasi dengan mereka. Apa yang istimewa pada mereka hingga saya terinspirasi?

Kesabaran mereka.

Ya lah. Ambil contoh ibu saya. Ibu saya bukannya suri rumah sepenuh masa. Dia bekerja dan dia adalah suri rumah. Ibu saya kena pergi kerja pukul 8.00 pagi. Sebelum itu, dia kena bangun sekitar pukul 4.30 pagi untuk buat sarapan pada keluarga. Dia nak kena kejut anak-anak bangun tidur. Lagi-lagi yang liat bangun macam….(tak nak tulis… ha3)

Ibu saya kerja sebagai Pegawai Penilaian di Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah. Dia jadi bos kat tingkat dia(ya ke?) Kerja dia banyak. Saya banyak kali ikut pergi. Dia uruskan tanah yang pemaju nak buat taman perumahan, dia uruskan sewa-sewa kedai dan sebagainya di daerah Johor Bahru Tengah tu. Banyak kerja dia. Susah. Pening..

Rumah saya dua tingkat. Ibu saya akan pulang ke rumah sekitar pukul 5.00 petang(dulu la). Dia pulang ke rumah dan tidak terus naik ke tingkat dua. Apa dia buat? Dia akan terus bersedia untuk masak makan malam.

Hujung minggu, ibu saya akan keluar ke pasar, beli barang rumah. Kadang-kadang ayah saya teman. Kadang-kadang sendiri. Kalau ibu saya kuat sikit, dia akan kemas rumah.

Itulah rutin ibu saya. Bayangkan, dia hidup macam itu sepanjang lepas kahwin sampai la hari ini. Dah berapa tahun? Saya umur 20, maka ibu saya dah hidup macam tu 21 tahun. Tu tak kira lagi dengan dia layan kerenah anak-anak.. Saya dengan Hilmi yang selalu bergaduh. Kemudian Hilmi selalu kacau adik-adik kecil.

Tapi ibu saya boleh sabar kan?

Kerjaya-kerjaya, profession yang saya sebutkan di awal post, semuanya bergaji. Suri rumah? Ada gaji? Tetapi mereka mampu bersabar. Ibu saya mampu bersabar.

Saya yakin ibu anda juga sedemikian.

Saya yakin, begitulah juga ibu-ibu yang lain, suri rumah-suri rumah yang lain. Saya yakin, mereka tidak merungut. Yalah, ibu saya melalui hari-hari yang sama sepanjang 21 tahun. Kalau ibu lain yang mungkin sudah berumah tangga 40 tahun? MasyaAllah, dia melalui hari-harinya dalam 40 tahun itu begitu.

Sabarnya…

Saya kagum. Saya kagum sekali dengan suri rumah. Macam mana mereka boleh sabar sedemikian rupa?

Macam mana ya? Macam mana anda wahai suri rumah, mampu bertahan dengan rutin sedemikian?

Boleh kah ada suri rumah yang membantu saya untuk menjawab soalan ini?

Saya pernah rasa terlalu bengang atau marah apabila sering melakukan sesuatu itu berulang-ulang. Tapi, apabila saya teringat akan ibu saya dan segala kerjanya, teringat akan kehidupan sebagai suri rumah, maka saya akan kembali insaf. Malah bermotivasi untuk melakukan yang lebih baik.

Saya selalu kata: “Ummi boleh tahan. Takkan aku tak boleh”

Begitulah.

Kesabaran Suri Rumah itu mengagumkan.

Suri rumah itu mengagumkan.

Allah SWT hingga menukilkan di dalam ayat-Nya, arahan untuk mentaati kedua ibu bapa, terutama ibu.

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau - dengan fikiran sihatmu - tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaulah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan. Surah Luqman ayat 14-15.

Dan Rasulullah SAW juga bersabda, tiga kali mengulang kalimah yang sama, apabila ditanya siapakah yang patut ditaati selepas Allah dan Rasul. Kalimah yang diulang itu adalah: Ibumu.

Kenapa? Sebab besarnya kesabaran seorang ibu dalam menjalani kehidupannya, dalam keadaan dia menyandang tugas – suri rumah.

Mungkin ada juga suri rumah yang merungut sekali sekala. Ya lah, manusia mana yang sabar sepanjang masa. Tetapi, berapa banyak kali kah rungutan itu keluar dibandingkan dengan jasa seorang suri rumah sepanjang hidupnya?

Apakah kita lelaki, suami, anak perlu marah atau terasa bila perempuan, isteri, ibu kita merungut atau sekali sekala meninggikan suara?

Pada saya, tidak. Sebab mereka telah melalui hari-hari dalam hidup mereka untuk kita. Saya ulang, untuk kita. Mereka habiskan 75% hidup mereka untuk ahli keluarga mereka. Sebab itu, saya ada satu kisah hendak dikongsikan:

Satu hari, seorang lelaki pergi ke rumah Saidina Umar Al-Khattab. Dia hendak mengadu yang isterinya pada hari itu naik angin kepadanya. Dia merasakan bahawa, isterinya tidak patut bersikap demikian pada suami.

Sampai sahaja di pintu rumah Saidina Umar, dia mendengar isteri Saidina Umar memarahi Amirul Mu’minin itu. Lelaki itu terkejut. Lantas, dia pun berpatah balik, untuk pulang. Saidina Umar perasan akan kehadiran lelaki itu, terus memanggilnya semula.

“Wahai lelaki, apakah hajat kamu?”

“Aku ingin mengadu akan sikap isteriku yang memarahi aku, tetapi tidak sangka kau juga mempunyai masalah yang sama. Maka aku merasakan bahawa aku tidak patut mengadu kepadamu”

Saidina Umar tersenyum mendengar kata-kata lelaki itu. Dia pun berkata:

“Wahai lelaki, isteriku telah menjaga makan minumku, mendidik anak-anakku, dan mengurus rumahku sepanjang hidupnya. Maka apakah pantas untuk aku terasa apabila dia sekali sekala naik angin seperti hari ini?”

Lelaki itu senyap.

Lihat. Saidina Umar Al-Khattab yang terkenal garang dan tegas, tidak sedikit pun marah dengan isterinya yang melenting. Malah berkata sesuatu yang amat lembut untuk perempuan suri rumah.

Wahai suri rumah yang ada hari ini. Maka berbanggalah.

Saya menghargai anda. Mengkagumi anda. Malah Allah memuliakan anda melebihi saya. Maka didiklah anak-anak anda dengan didikan syurga, agar mereka menjadi manusia-manusia yang mencintai akhirat. Maka jagalah keluarga anda sejaga-jaganya, agar kalian nanti dapat berkumpul di syurga sana.

Saya kagum dengan anda.

Terima kasih atas motivasi kesabarannya.

Semoga Allah redha dengan suri rumah-suri rumah yang tabah, yang cekal dan yang bersungguh-sungguh dalam menjaga keluarganya untuk mentaati Allah, mentaati suaminya untuk memudahkan kerjanya kepada Allah, mendidik anaknya untuk membesar menjadi manusia yang Allah redha.

Sesungguhnya, anda adalah bidadari.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...