klik sini pun boleh..:-)

August 24, 2009

bingkisan buat tatapan 'puteriku sayang'...




bismillahirrahmanirrahim...
asslamualaikum...
salam ramadhan karim mak ucapkan buat puteriku..semoga ramadhan yang tiba kini mendidik dirimu agar menjadi hambaNya yang bertaqwa dan tabah dalam menghadapi ujian dihadapan..
puteriku..

disini bonda coretkan sesuatu tuk tatapanmu sayang..
kerana dirimu terlalu berhrga buat kami...
puteriku...bonda dan ayahanda tidak pandai berpuisi sepertimu..
namun nilah yang cuba kami sampaikan...

puteriku sayang...
kelahiranmu disambut dengan tangis gembira..
dengan harapan..
kamu menjadi "puteri agama"
yang teguh imannya..
yang indah akhlak dan budinya..
yang menjadi sinar bagi keluarganya..
yang taat akan perintah Allah..
Rasulnya..
ibubapanya...
dan suaminya...
dan menjadi murabbi kepada generasi2nya...
puteriku...
saat kau kecil..
pernah kau minta sesuatu..
tapi tidak pantas kami menunaikannya..
dan kamu pasti merajuk...
dan hari ini..
bonda ingin beritahu...
yang bonda dan ayahanda ingin mendidik hatimu..
agar bersabar...
belajar erti kepayahan dan usaha..
kerana mendapat sesuatu yang terbaik..
perlu kepada usaha yang gigih...
puteriku sayang...
kini kau makin dewasa...
makin memikat dan indah pesonanya..
inilah yang Allah kurniakan buatmu..
maka syukurilah ia..peliharalah ia..
syukuri ia dengan sembah sujudmu kepadaNya..
pelihara ia dengan menjaga auratmu walau dimana dirimu berada..
kalau dulu..
kemana dikau pergi..
pasti ditemani bonda dan ayahanda..
tapi tidak kini...
kerana kau jauh dari mata...
berada ditempat orang...
selalu bonda pesan..
agar berhati2 dengan dunia..
kerana panahannya..terlalu bisa..
belum pasti kewujudan penawarnya...
justeru puteriku...
peganglah pesan ibu dan ayah ini..
ambilah ia sebagai pedoman buatmu...
"persiapkan dirimu dengan teguhnya iman..
kuatkan benteng imanmu dengan amal kebajikan..
gunakanlah malammu dengan sebaiknya...
terangi ia dengan qiamulail..
didiklah dirimu dengan mengingati Allah..
bataskanlah dirimu dengan muamalah antara lelaki dan permpuan..
tapi luaskan perhubungan dirimu dengan Allah..
agar redha Allah..nur ilmu mengiringi hidupmu sayangku...
dan indahkan kecantikanmu dengan akhlak mulia..."

semoga dirimu menjadi "puteri agama" yang sentiasa diredhai Allah..
kerana bonda dan ayahanda sentiasa meredhai setiap perkara yang baik yang
kamu usahakan tuk agamamu...
semoga redhaNya mengiringi kasih sayang kita sekeluarga..
dan syurga Allah milik kita bersama...
wassalam...

sayang selamanya dari..
bonda dan ayahanda..






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...