klik sini pun boleh..:-)

November 4, 2009

salam...

alhamdulillah..masih punya kesempatan tuk berada di sini..dan mencoret sesuatu tuk dikongsi bersama...erm tadi ana tengok teman ana punya blog...dalam blog tu..ada kemusykilan..tentng wudhuk...(erm maaf ye sahabat,ana tengok blog kamu..dan ana nak minta izin tuk berkongsi sedikit maklumat tentng perbezaan pendapat dikalangan fuqaha'..:-))apa yang diharapkan..ruangan ni mmberi manfaat tuk kita semua...salam mujadahah,tarbiyah dan mahbbah dari ana_sufi buat semua..

WUDHUK..
wudhuk adalah salah satu cara untuk menyucikan diri dari hadas kecil. sekiranya air tiada atau tidak mencukupi, maka wudhuk boleh digantikan dengan tayammum..

pengetian wudhuk mengikut syarak ialah:
membasuh atau menyapu anggota tertentu yang dimulakan dengan niat..

HUKUM berwudhuk:
* wajib:
- ketika hendak mengerjakan ibadah tertentu yang dimulakan dengan niat..

*sunat:
- ketika hendak mandi wajib.
- hendak mmbaca Al-quran, hadis or buku...
- hendak tidur
- ketika marah..

FARDHU wudhuk.
cara berwudhuk dalam islam berbeza mengikut mazhab...

MAZHAB SHAFIE'
fardhu/ rukun wudhuk ada 6:
1. niat
2. membasuh muka..
3. mmbasuh kedua tangan hingga kesiku..
4. menyapu sebahagian kepala atau sebahagian rambut didalam hadnya..
5. mmbasuh kedua kaki hingga ke buku lali..
6. tertib.(0)

MAZHAB MALIKI
1. Niat.
2. Membasuh muka.
3. Membasuh dua tangan serta dua siku.
4. Menyapu semua kepala, termasuk lubang (lekuk) tengkuk, kulit di atas dan di belakang dua telinga serta rambut dua pelipis (ekor rambut antara mata dan telinga).
5. Membasuh dua kaki serta dua buku lali.
6. Berturut-turut dengan tidak berlengah-lengah pada membasuh satu anggota ke satu anggota wudhu yang dibasuh.
* Menggosok atau menyental dengan tapak tangan anggota-anggota wudhu yang dibasuh.Perlu diingat, ketika membasuh dan menyapu anggota wudhu hendaklah dilakukan berturut-turut tanpa bertangguh dari satu anggota ke satu anggota yang lain dan menggosok atau menyental dengan tapak tangan setiap anggota wudhu. Perbuatan ini menjadi tuntutan kerana termasuk di dalam fardhu atau rukun wudhu dalam mazhab Maliki.

Sementara perkara-perkara yang membatalkan wudhu dalam mazhab Maliki adalah seperti berikut:
1. Keluar sesuatu yang biasa keluar dari qubul (kemaluan) dan dubur, iaitu air kencing, air mazi, air wadi, air mani, air tetuban, darah istihadhah, tahi, dan angin.
2. Hilang akal dengan sebab gila, pitam, mabuk ataupun dengan sebab tidur yang lena. Antara tanda-tanda tidur yang lena itu ialah orang yang tidur itu tidak lagi mendengar suara di sekelilingnya, mengalir air liur daripada mulutnya ataupun terlepas sesuatu daripada genggamannya.
3. Apabila seorang yang baligh menyentuh lawan sejenis (antara lelaki dan perempuan) dengan perasaan nikmat (syahwat). Adapun mengucup pada mulut juga membatalkan wudhu walaupun tanpa perasan nikmat.
4. Apabila seorang lelaki baligh menyentuh kemaluannya dengan tapak tangannya tanpa berlapik. Tetapi tidak membatalkan wudhu seorang perempuan yang menyentuh kemaluannya (farj).
5. Murtad.
6. Merasa ragu setelah berwudhu adakah masih suci atau sudah batal. (1)

perselisihan antara mazhab bukanlah perselisihan bagi isu yang besar..tapi cuma yang furu'..contohnya soal membasuh kepala sama ada seluruh atau sebahagiaannya...kedua2nya tak salah...dan tak membatalkan wudhuk...jadi jgn confuse lagi..."اليقين لا يزال بالشاك"..bila dah yakin..teruskanlah...kalau sebaliknya..ulanglah balik wudhuk tu...namun sebelum kita bertaqlid dengan sesuatu mazhab, kita perlu kaji dengan sebaiknya..agar kita tak dikatakan bertaqlid secara mmbuta...:-)

erm cukup rasanya stakat ini...insyaAllah...akan datang kita kongsi tentng lain pulak...jika diberi keizinan oleh Dia dan dikurniakan kelapangan...apa yang baik dari Allah..yang sebaliknya yakni yang lemah juga dari Allah tapi disandarkan pada kedhaifan diri ni..ada yang salah..mohon agar perbaiki dan tegurlah ana..kerana ana juga manusia...tak lari dari melakukan kesilapan....

والله أعلم بالصواب

rujukan:
(0) wikipedia.
(1) fatwa: Jabatan mufti Kerajaan, jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei DarussalamPenulis/Ulama : Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Junid

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...