klik sini pun boleh..:-)

March 13, 2012

petang yang sayu...

kesayuan hati ni terlihat akhirnya..ku pendam hasrat hati selama ini tuk bertemu dengan suamiku..namun dek kerana keadaan kami yang jauh, menghalang tuk kami bertemu..

pada awalnya SM gembira sangt sebb K.U pai j-QAF 2 call ustaz borhan tuk cover kelas sampai khamis je..memang happy xterkata sebb dapat cuti lama tuk jumpa suami..sebelum ni kalau balik kampung, balik jumpa mak abah, tapi xdapat nk jumpa suami..niat nak jumpa hari tu, tapi xdapat sebab kandungan SM bermasalah..uri berada di bawah, bagi tau mak, mak minta balik pekan dulu tuk berurut,tuk angkat peranakan..peranakan dibawah menyukarkan pergerakan SM..kat sekolah tahan sakit je, kalau sakit kena diam je..nak cakap kat siapa..?kat suami xkan kot..takut dia risau..ni penglaman pertama SM dan suami..sebelum ni SM sakit, dia jaga,... sekarang, SM sakit SM sorang2..memang sedih..tapi nk buat macam ne..tu ujian yang perlu kami tempuhi sama2...


dalam kegembiraan,tetap ada sedihnya...pada awalnya, suami SM memikirkan keadaan SM yang perlu balik ke pekan sendirian naik bas...dengan itu, dia memutuskan agar SM balik ikut abg SM..namun SM ada hati yang rindu pada suami sendiri..rindu tuk menatap wajahnya..rindu tuk meraih pahala kerana melayan makan pakai si suami dan sebagainya..rindu tuk bergurau senda..rindu tuk berada dalam pelukannya..semua tu menjadi kan SM keras ati tuk jumpa dengannya..

namun dari kerisauan tu, akhirnya dia akur dengan kehendak SM..ye..SM kembali kepadanya..insyaAllah jumaat ni..SM dijemput olehnya dari IPGKTAA, Kuala Lipis ni..

terus terang SM bagutau dia, yang SM menangis..bila dia tahu Sm menangis dia serba salah.,maka dia ubah fikiran tu..mungkin dia pk SM mengandung,emosi kena jga..!!tapi kan betul juga!!nnti kalau xjumpa,Sm sedih je..bila sedih xelok tuk bayi dalam kandungan..tak mo lah baby bila kluar sedih je rupanya..sebab xdapat jumpa babahnya..:-)

serius xsabar nk jumpa..bagaimanakah pertemuan itu nnti..wah..xterbayang..yang penting, baby dalam rahim ni ceria selalu dan x mewarisi sifat ibunya yang suka nangis...:-)

"pesan buat anak ibu..harapnya kamu miliki wajah yang tenang setenang wajah babah dan ibumu..yang banyak senyum walaupun sedih di hadapan orang, tapi menangis sendirian..kelak kamu akan bersama ibu tatkala babah keluar kerja..maka kamulah pengganti babah saat dia tiada..moga kamu jadi anak yang soleh,baik dan menjadi pemimpn yang adil bagi membantu ibu dan babahmu di dunia tuk akhirat kami.."amin ya rabb....

apa pun jantinamu, laki2 atau perempuan, ibu dan babah menerimamu sebagai anugrah yang diamanahkan buat ibu dan babah..moga lahirmu kelak,sempurna, sihat akal dan tubuh badan..amin ya rabbal alamin..apa yang menjadi impian ibu dan babah, kamu adalah permata yang dikirim oleh Allah tuk mendidik dan mentarbiah ibu dan babah untuk mengasuhmu menjadi hamba Allah yang taat segala perintahnya...yang soleh solehah..yang bertaqwa..yang mencontohi akhlak rasullah dan sunnah rasullah dalam kehidupan...bagaimana ibu mahukan seorang suami yang mendampingi kehidupan ibu, begitulah impian ibu terhadap anak2 ibu..ibu sayang kalian semua....

namun..andai satu hari nnti, ibu memarahimu, merotanmu, bukan lah bermakna ibu tidak sayang pada kamu anak2 ibu..tetapi itulah kasih sayang ibu..ibu xmau kalian menjadi lelaki dan wanita yang tidak memberi manfaat kepada orang lain dan seisi dunia..amat rugilah bagi ibu dan babah bila anak2 ibu dan babah itu jauh dari apa yang islam corakkan..ibu dan babah berusaha memberi kasih sayang, didikan dan asuhan..harapannya..kelak,..bila ibu dan babah sudah tiada,,kalianlah yang menjadi harapan tuk menerangi liang lahad ibu dan babah agar terang dihiasi cahaya redha ilahi buat kamu kepada kami...

sesungguhnya..kamu belum wujud lagi..tapi inilah harapan ibu dan babah bila kamu wujud kelak...air mata ibu adakala murah tuk insan2 yang ibu sayang..jgn sesekali izinkan ibu menangis kerana sedih dengan tindak tandukmu yang mendukacitakan..ingtlah..."TIADA REDHA ALLAH ATAS ANAK2 JIKA TIADA REDHA IBU DAN BABAH KEPADA MEREKA..."pasakkan setiap apa yang ibu katakan dalam hatimu tuk kamu jadikan pedoman dalam kehidupan kelak....wallahua'lam....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...