Ramai wanita mengandung mengalami sakit belakang dan sakit pada bahagian pinggul. Berikut merupakan beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk melegakan kesakitan.
 Sakit belakang  Sakit belakang ialah perkara  yang biasa dilalui semasa kehamilan, ianya disebabkan oleh hormon dan  perubahan postur badan yang berubah selari dengan tumbesaran rahim.  Berwaspadalah dengan postur badan anda ; dengan menegakkan bahagian  pinggul dan elakkan daripada terlalu menyandar ke belakang. Selain itu,  pastikan tulang belakang sentiasa dalam keadaan baik dengan bersenam.  Yoga, berjoging dalam air (aqua jogging), dan berenang adalah aktiviti  yang sangat baik untuk dilakukan. Sakit belakang yang berterusan mungkin  memerlukan rawatan daripada fisioterapis, ahli akupunktur, osteopati  atau kiropraktor. Sakit belakang yang kadangkala berlaku mungkin  disebabkan oleh kontraksi, di mana kesakitan pada bahagian ini mungkin  terasa lebih lagi daripada bahagian abdomen. Jika anda berasa kurang  pasti, hubungilah pegawai penjaga materniti (LMC) anda.  Sakit pada bahagian pinggul   Sakit pada bahagian pinggul juga dikenali sebagai penyelewengan fungsi  simfisis pubis / symphysis pubis dysfunction (SPD). Ianya boleh menjadi  lebih parah dan lebih teruk semasa menjalani aktiviti seperti memakai  baju, mengangkat barang, berjalan, atau memanjat tangga. Sebab-sebabnya  berbeza – ianya mungkin terjadi kerana hormon kehamilan membenarkan  sedikit pergerakan pada tulang pinggul sewaktu kelahiran (terutamanya  pada bahagian depan yang dikenali sebagai simfisis pubis, di mana dua  bahagian utama pinggul bertemu) , ataupun kemungkinan berlakunya  ketidakselarian pada tulang pinggul.  Rawatan  Kesakitan pada  bahagian pinggul biasanya bermula pada pertengahan kehamilan. Pegawai  penjaga materniti (LMC) anda mungkin akan menyarankan rawatan daripada  fisioterapis, ahli akupunktur, osteopati atau kiropraktor. Penggunaan  tali pinggang sokongan pinggul (pelvic support belt) serta senaman dapat  membantu melegakan kesakitan. Elakkan pergerakan yang besar yang dapat  memudaratkan anda. Cubalah tip-tip berikut untuk mengurangkan kesakitan :  • Berehatlah pada selang-selang masa yang tertentu. • Sentiasalah tukar  posisi anda. • Elakkan daripada bersandar ke satu arah, dan sentiasalah  tegakkan badan anda ketika berdiri, duduk, ataupun berjalan. • Jika  anda bekerja dalam keadaan duduk atau berdiri, menukar posisi adalah  sangat penting. •  Cuba letakkan pek ais selama 15-20 minit pada  bahagian yang paling sakit. • Pakailah kasut rata yang mudah dipakai.  Bagaimana jika kesakitan berlanjutan sehingga selepas kelahiran?   Dalam kebanyakan kes, kesakitan tersebut akan berkurangan selepas  kelahiran, namun ianya masih boleh berlanjutan dalam sesetengah kes dan  hal ini memerlukan rawatan selepas bersalin. Bercakaplah dengan pegawai  penjaga materniti (LMC). Adakah anda pernah mengalami sakit belakang  atau pinggul? Adakah anda mempunyai sebarang nasihat atau tip? Adakah  tali pinggang sokongan pinggul memberi kesan positif kepada anda?  Beritahulah kami tentangnya di sini.
p/s:mudah mudahan...sakit ini xberlarutan..cukup sekadar ketika hamil jela..nk duduk sakit sangt..even atas tilam..ya Allah..pengorbanan dalam menghadapi ujian yang Allah sediakan tuk aku lebih bahagia dan gembira dengan apa yang Allah kurniakan..amin ya rabb!!:-)
perkongsian dari:
http://www.drypers.com.my/ms/Tahap-Anda/Artikel/?contentId=175006
No comments:
Post a Comment