klik sini pun boleh..:-)

February 12, 2010

sudahkah AKU tepati janji2ku????



- sedarkah aku, dia, kamu dan kalian semua yang kita pernah mengadakan perjanjian dengan Allah swt??

- pernahkah kita terfikir tentang janji 2 yang telah kita lafazkan dihadapan Allah..??
sebagaimana yang kita ketahui, manusia itu terdiri dari dua unsur iaitu:
1. jasmani dari tanah

Allah swt berfirman:

"Dan Dia yang memulai penciptaan manusia dari tanah."

 assajadah:7

kajian telah memperakui akan kebenaran ayat Allah ini. Dr saboe dalam buku nya "hikmah  kesihatan dalam solat" menerangkan bhawa ayat quran diatas dengan secara jelas dan tegas menyatakan bahawa manusia dijadikan dari tanah liat yang kering dan dari lumpur hitam dan sampai berbentuk.

oleh kerana demikian, orang bukan islam msih menyangsikan kebenaran Al- Quran bahkan mengejek Rasullah S.A.W. sebagai yang tidak waras fikirannya dan menganggap  yang Al- Quran itu ditulis sendiri oleh rasullah s.a.w..kenapa mereka berfikiran sedemikian rupa?? ini kerana mustahil manusia dapat dijadikan dari tanah liat seperti barang seramik sedangkan Allah itu maha hebat..bila mana Allah berfirman:

"jadilah!!makajadilah sesuatu itu...."
yasin:82

2. rohani dari Allah Taala.

Allah taala berfirman:
" kemudian Dia menyempurnakan dan meniupkan ke dalam (tubuh)nya roh (ciptaan)Nya.."
assajadah:9

para ulama' mmperakui yang manusia itu punya roh.

soal percaya kepada Tuhan atau tidak berputar2 antara percaya kepada akhirat atau tidak. dalam soal ini, kita kembali kepada apakah perlu kita kepada Akhirat..??maka jelas, bahawa yang dituju ialah "roh". kalau kepercayaan kepada roh tiada maka tidak perlu percaya kepada akhirat dan akhirnya tidak perlu percaya kepada Tuhan yang maha Esa.

percaya kepada adanya roh merupakan isu utama dalam kehidupan dan agama manusia.

sebagaimana yang kita ketahui, roh ditiup oleh Allah atau malaikat atas perintah Allah kedalam jasmani manusia setelah ia sempurna. Al- quran tidak menyebut bila waktunya tetapi hadis ada mnyebutnya iaitu:

"tempoh kejadian jasmani dalam rahim ibu selama 120 hari (4 bulan)."

ini bermaknanya roh sudah da sebelum adanya jasmani.

di dalam al-quran ada menyebut  yang mana sebelum roh ditiup ke dalam jasmani, Allah telah mngajak  nya (roh) mengadakan perjanjian secara berdialog.

Allah brtnyta kepada ruh manusia:

"alastu birabbikum."
bukankah aku ini Tuhanmu.
Ruh mnjawab:

"bala syahidna"
benar! kami telah menyaksikan.

dialog ini mmbuktikan  yang ruh telah mmbuat pengakuan bahwa manusia akan bertuhan  kepada Allah sahaja. dan pengakuan yang dinyatakan ini adalah perjanjian tersebut. disebbkan pengakuan tersebut,kita semua harus mntaati setiap suruhannya dan tinggalkan larangan2Nya...

Al-quran menjelaskan lagi melalui ayat 172:al-a'raf:

" dan ingatlah ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak Adam dari tulang punggungnya dan Tuhan mengambil kesaksian dari mereka sendiri, FirmanNya: ' bukankah aku ini Tuhanmu? mereka ruh manusia menjawab: Benar! kami telah menyaksikan. nnti di hari kiamat agar kamu tidak mengatakan: bahawa kami lalai terhadap ini."

Muhamad Abduh dalam tafsir "al Manar" mengatakan: 
1. manusia telah diciptakan Allah taala atas fitrah islam.
2. dalam jiwa manusia telah Allah sediakan  Gharizah (naluri) iman.

khulasah qoul:
ayuh sama2 kita duk sejenak..dan muhasabah diri..
sewaktu ketika dulu kita pernah berjanji..adakah kita sudah tunai janji tersebut..?
apakah tahap kita dalam penyempurnaan perjanjian itu..??
samada ia sudah sempurna dan menepati apa yang Allah inginkan atau masih dithap yang sedrhana atau mungkin diawang- awangan...tepuk dada tanya iman...:-)

apa pun tahniah bagi siapa yang dapat mnyempurnakannya dengan baik..
bagi yang sebaliknya..masih punya waktu bagi kita tuk perbaiki dan bertaubat atas setiap kelalaian kita dan kealaan kita selama ni...moga Allah permudahkan urusan2 kita dalam menyempurnakan perjanjian dan penyaksian kita as a khalifah in this world...

barakallahu alek...
maaf andai ada kekurangan dan sebagainya....semua yang terjadi adalah kehendak Allah..dan saya hnya mnggunakan apa yang dipinjamkan kepada saya....wallahua'alm...
mohon diberi teguran atas segala kekurangan...wassalam....

  p/s:
sedarlah yang kita akan dipertanggungjwabkan atas setiap sesuatu yang kita lakukan....sama ada baik atau sebaliknya..ganjaran yang pasti dari Allah tu sentiasa ada..sama ada nikmat atau azab...bergantung kepada apa yang kita lakukan....wallahua'lam....  
 
 ingt!!
allah sentisa memerhatikan tingkah laku kita...



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...