Minggu 1
Bayi
Lapan hari selepas persenyawaan, blastocyst akan merembeskan mukus untuk menyatakan kehadirannya di dalam rahim.
Anda
Anda digalakkan makan lebih  banyak asid folik iaitu 400 micrograms (mcg) sehari. Asid folik  diperlukan untuk menghasilkan sel darah merah selain dapat mengelakkan  kecacatan janin seperti spina bifida.
Minggu 2
Bayi
Blastocyst mula menggelembung  dan membahagi dua kali dalam tempoh sehari. Pada hari ke-12, jumlahnya  akan menjadi beribu- ribu. Setelah itu, blastocyst disauh dengan kukuh  pada endometrium.
Anda
Dalam minggu ini pula, anda  perlu mengambil makanan tambahan yang mengandungi asid folik, besi dan  kalsium termasuklah beberapa jenis nutrien penting lain untuk  perkembangan bayi yang sihat.
Minggu 3
Bayi
Selepas tiga minggu  persenyawaan, saiznya ialah sepanjang 0.08 inci ataupun 2 mm. Gen mula  membentuk tiga lapisan sel daripada organ badan yang akan bergabung.
Anda
Di awal minggu kehamilan anda  perlu banyak mengambil kalsium. Antaranya keju. Namun terdapat beberapa  jenis keju yang b oleh menyebabkan listeria. Penyakit ini menimbulkan  kesakitan seperti sakit otot, sakit belakang, demam dan kesejukkan.
Minggu 4
Bayi
Pada minggu ini, akan kelihatan  bentuk awal otak dan tulang belakang. Jantungnya mengepam darah ke  paru-paru dan aorta(urat besar yang mengalirkan darah daripada jantung)
Anda
Senaman dipercayai baik untuk  ibu hamil. Apabila anda aktif, anda dapat mengelakkan ketidakselesaan  seperti sakit belakang, sukar tidur, sembelit dan keletihan
Minggu 5
 Bayi
Walaupun anggota tubuh badan  bayi yang jelas kelihatan ialah matanya, namun otaknya masih dalam  proses perkembangan. Begitu juga dengan saluran darah yang tidak lama  lagi akan bertukar menjadi jantung.
Anda
Suhu badan yang terlalu panas  boleh menyebabkan kecacatan pada bayi. Jadi elakkan aktiviti seperti  bersauna, jakuzi dan senaman yang boleh menyebabkan suhu tubuh  meningkat.
Minggu 6
Bayi
Jantungnya kini sudah terbentuk  dan mula berdenyut. Di akhir minggu ini, saluran yang menghubungkan  bayi dengan plasenta mula membesar menjadi tali pusat. Selain itu,  saluran darah juga terbentuk. Saiz bayi kini membesar jari kelengkeng  dan pergerakkannya hanya dapat dilihat melalui ujian imbasan.
Anda
Jika anda menderita morning  sickness, bau-bau tertentu membuatkan anda jadi lebih teruk lagi. Kulit  anda juga berubah menjadi lebih gelap sehingga menjadi bertompok-tompok  dan mengelupas.
Minggu 7
Bayi
Lubang hidung, bibir, lidah dan  giginya dalam proses pembentukkan. Manakala kaki dan lengannya kian  berkembang. Dalam pada itu, tulang belakang, usus dan otak hampir  terbentuk.
Anda
Anda mungkin berasa pening  ataupun pengsan jika berdiri terlalu lama. Selain itu, jika terpaksa  berada dalam keadaan sesak, anda juga mungkin berkeadaan sebegini. Anda  juga mudah berasa letih.
Minggu 8
 Bayi
Mata, telinga dan telinga  tengah yang mengawal keseimbangan sudah mula terbentuk. Saluran darahnya  juga sudah mula kelihatan. Jantungnya pula mula berdenyut pada kadar  denyutan normal. Memandangkan kaki dan lengannya kian berkembang, bayi  sudah “pandai” bergerak dan menendang. Walau bagaimanapun, saiznya yang  masih kecil, tidak membenarkan anda merasai pergerakannya.
Anda
Perubahan bentuk fizikal mula dialami,puting dan payu dara mula membesar dan mudah sensitif. Lelehan faraj juga makin banyak.
Minggu 9
Bayi
Bentuk muka bayi mula berkembang, malah mulut dan hidungnya jelas kelihatan. Begitu juga dengan kaki dan tangannya.
Anda
Berat badan mula bertambah.  Anda digalakkan untuk merekodkan setiap pertambahan berat badan yang  dialami. Ketika ini, gusi anda menjadi lebih lembut dan nipis disebabkan  oleh perubahan hormon.
Minggu 10
Bayi
Telinga luaran mula jelas  kelihatan. Tubuhnya kini mula memanjang iaitu ibu jari dan jari-jari  yang lain jelas terlihat tetapi bentuknya belum sempurna seperti jari  normal manusia.
Anda
Jumlah darah yang mengalir di  dalam tubuh kian meningkat. Ini akan membuatkan anda berasa lebih panas  daripada biasa. Saiz rahim anda kini sebesar buah oren.
Minggu 11
Bayi
Majoriti organ bayi sudah  terbentuk. Kini, bayi berada dalam zon selamat daripada sebarang  ketidaknormalan pada janin dan jangkitan tertentu.
Anda
Ketidakselesaan yang dialami  membuatkan anda mudah berasa letih. Jadi, anda perlu mengambil peluang  merehatkan diri jika ada kesempatan.
Minggu 12
 Bayi
Jantung bayi berdegup antara  110 hingga 160 kali seminit. Pada minggu ini dadanya turun naik kerana  dia sudah mula bernafas. Bentuk tubuhnya sudah mula kelihatan. Ibu jari  dan jari-jari lainnya sudah lengkap terbentuk. Termasuk kukunya. Bayi  sudah mampu menghisap ibu jarinya dan menelan cecair amniotik seterusnya  menukarkannya menjadi urin.
Anda
Berat badan anda akan bertambah  kira-kira ¼ daripada berat badan normal di antara minggu ini hingga  minggu ke-20. Ketika minggu ini anda akan merasa lebih bertenaga  berbanding minggu- minggu sebelumnya.
Minggu 13
Bayi
Tulangnya mula berkembang,  begitu juga dengan gigi. Pada tahap ini, bayi sentiasa menggerakkan  bibirnya sebagai persediaan untuk merangsangkan otot bibirnya supaya  daya hisapnya dapat berfungsi dengan baik setelah dia lahir nanti.
Anda
Perubahan ’saiz’ rahim yang  kian membesar akan membuatkan anda menyedari bahawa perasan perut anda  “buncit”. Dalam pada itu, perubahan warna putting turut berlaku. Warna  bahagian tersebut berubah menjadi lebih gelap dan urat biru pada payu  dara anda mula jelas kelihatan.
Minggu 14
Bayi
Organ-organ bayi dalam  kandungan sudah mulai matang. Dagu, dahi dan hidung kini semakin  menyerlah. Bayi juga berupaya untuk menggerak-gerakkan kepalanya dan ada  kalanya dia boleh mengerutkan kening.
Anda
Katakan selamat tinggal kepada  morning sickness. Saat ini, anda dapat menikmati makan dan minum. Jika  beberapa bulan sebelum ini dunia seks anda hambar, jangan risau. Kini,  keseronokkan hubungan seks itu muncul kembali dan mungkin lebih baik  daripada sebelumnya. Agar hubungan anda dan suami pulih seperti sedia  kala, tumpukan perhatian dan berikanlah kasih sayang sepenuhnya pada  suami.
Minggu 15
Bayi
Tulang rangka bayi sedang giat  berkembang. Kini, kakinya lebih panjang daripada tangan. Rambut pada  kepala juga semakin menebal. Begitu juga dengan kening dan bulu matanya.  Semua makin jelas kelihatan. Ketika ini, dia sudah boleh mendengar.  Antara yang paling jelas didengarnya ialah suara anda selain daripada  degupan jantung dan bunyi perut anda.
Anda
Kuantiti darah yang mengalir  dalam badan semakin banyak. Pada masa yang sama bayi juga perlukan  oksigen. Oleh yang demikian, jantung perlu bekerja kuat. Jadi, tidak  hairanlah jika ketika ini jantung anda kelihatan sedikit besar. Semua  itu adalah untuk memastikannya mampu menjalankan tugas sebaiknya.
Minggu 16
Bayi
Bayi semakin kerap bergerak.  Tubuhnya juga mula diselaputi lanugo iaitu rerambut halus. Tujuannya  ialah untuk mengekalkan keseimbangan suhu badan. Jantina bayi juga sudah  boleh diketahui semasa ultrasound dilakukan.
Anda
Pada saat ini anda sepatutnya  rasa lebih segar, seronok dan gembira. Selera makan juga semakin  bertambah. Anda mungkin dapat merasa pergerakkan pertama bayi dalam  kandungan. Akan tetapi pergerakan bayi anda tidaklah terlalu ketara.  Pada masa yang sama, garis halus berwarna gelap di bawah abdomen yang  dikenali sebagai linea niagra semakin menyerlah.
Minggu 17
Bayi
Anggota badan bayi kini  terbentuk dengan sempurna. Deria rasanya juga sudah mula dibina. Bayi  anda sekarang sudah mempunyai cap jarinya sendiri.
Anda
Pinggan ramping anda kini sudah  menghilangkan dirinya. Yang tinggal hanyalah perut yang semakin  membesar di samping kehadiran sedikit tanda rekahan pada bahagian  tersebut. Selain perut, gusi juga mengalami sedikit gangguan. Gusi  berdarah ialah antara masalah yang biasa.
Minggu 18
Bayi
Kulit bayi ketika ini masih  lagi berkedut kerana dia belum mengumpul lemak. Dia juga sangat aktif  bergerak. Bayi juga mula peka terhadap bunyi-bunyian daripada luar. Oleh  yang demikian, jangan terperanjat jika tiba-tiba bayi menendang setelah  terdengar bunyi kuat.
Anda
Ketika ini anda sudah semakin  dapat rasa pergerakkan anak. Dalam masa yang sama, anda juga mungkin  mengalami masalah untuk bernafas. Hal ini terjadi kerana membran dalam  hidung akan membengkak seterusnya mengganggu peredaran udara masuk ke  dalamnya. Selain itu, lelehan faraj juga semakin bertambah.
Minggu 19
Bayi
Sama seperti anda, bayi dalam  kandungan juga semakin membesar. Ketika ini gigi susu mulai terbentuk  dalam gusi. Dalam masa yang sama, tunas untuk pembentukkan gigi kekal  juga muncul.
Anda
Saat ini berat badan anda  semakin bertambah. Punggung, paha dan bahagian abdomen adalah antara  kawasan yang paling ketara pertambahan beratnya. Urat-urat halus juga  mula kelihatan pada muka anda.
Minggu 20
Bayi
Vernis iaitu sejenis bahan  putih berminyak mula menyelaputi kulit bayi untuk melindunginya daripada  cecair amniotik semasa berada dalam kandungan.
Anda
Rahim semakin cepat membesar  dan anda kini telah kelihatan sama seperti ibu hamil lain. Akibat  pembesaran perut yang begitu cepat, pusat hampir tidak kelihatan.  Tetapi, ada sesetengah ibu hamil pusatnya tidak menjadi rata sebaliknya  tertonjol keluar. Ketika ini masalah pedih ulu hati bukanlah sesuatu  yang asing. Ini terjadi akibat perubahan hormon yang akan menyebabkan  injap pada pintu masuk perut mengendur. Kesannya, asid perut kembali  semula ke saluran perut yang dikenali sebagai esofagus. Agar masalah ini  tidak berlarutan, elakkan makan terlalu banyak makanan yang terlalu  pedas ataupun bergoreng.
Minggu 21
Bayi
Si kecik kini sebesar kira-kira  sebiji pisang besar. Sudah besar bukan? Jadi apa salahnya jika anda  mula mencari nama terbaik untuknya.
Anda
Pada minggu ini badan anda  berupaya menerima makanan lebih daripada biasa. Jadi, jangan terlalu  banyak makan kerana lemak akan berkumpul dan tahap gula mungkin  meningkat. Elakkan juga makanan yang tinggi kandungan karbohidrat  seperti nasi kerana ini akan menyumbang kepada peningkatan gula dalam  darah.
Minggu 22
Bayi
Perkembangan pendengaran bayi di tahap yang memberangsangkan kerana anak kini sudah mula mendengar bunyi dari luar.
Anda
Minumlah segelas jus oren  setiap kali anda mengambil makanan yang tinggi zat besinya seperti  brokoli dan buah yang diawet. Jus oren membolehkan mineral dari makanan  tersebut diserap dengan banyak dan mudah.
Minggu 23
Bayi
Degupan jantung kini boleh dikesan menggunakan seteskop. Dia juga mula pandai tersedu.
Anda
Jika tangan dan kaki beng kak,  jangan panik. Perkara ini biasa berlaku pada ibu hamil khususnya di  akhir-akhir minggu kehamilan. Proses ini dinamakan sebagai oedema.
Minggu 24
Bayi
Bayi semakin lasak bergerak.  Anda juga semakin mahir membaca pergerakkannya. Degupan jantung bayi  sudah boleh didengar walaupun hanya menggunakan setoskop biasa.  Pendengarannya semakin tajam. Bayi mendengar setiap bunyi yang ada  seperti suasana di luar, degupan jantung dan bunyi angin dalam perut  ibu. Oleh yang demikian, gunakan masa ini untuk mendengarkan anak dengan  muzik atau lagu.
Anda
Empat peratus daripada ibu hamil cenderung mengalami masalah kecing manis atau diabetis pada minggu ini.
Minggu 25
Bayi
Sel-sel otak pada bayi terus  berkembang dan menjadi semakin kompleks. Tulangnya juga semakin keras.  Kini, bayi semakin sktif belajar bernafas, menyedut dan keluarkan  kembali cecair amniotik yang wujud di sekitarnya mereka. Sekiranya bayi  tertelan terlalu banyak cecair tersebut, dia boleh tersedu.
Anda
Memasuki minggu ini, pelbagai  perasaan akan timbul. Takut, gembira, gementar, suka, risau dan segala  jenis macam rasa akan timbul. Jangan terlalu banyak berfikir. Cuba  tenangkan diri dengan membanyakkan bacaan tentang kehamilan.
Minggu 26
Bayi
Mula belajar bernafas. Tetapi,  pada tahap ini masih belum ada oksigen yang akan masuk ke dalam  paru-paru. Tahap ini juga kedudukan bayi dalam keadaan menyongsang.  Jangan panik. Dari masa ke semasa bayi akan berada di kedudukkan yang  betul setelah berpusing mengikut usia kandungan.
Anda
Akan berlaku perubahan  khususnya soal pernafasan. Anda mungkin akan cepat mengah dan rasa  seperti kekurangan oksigen. Hal ini di sebabkan oleh saiz bayi yang kian  membesar dan mula menekan jantung dan paru-paru.
Minggu 27
Bayi
Bayi makin membesar manakala  kulit pula mula menebal dan berkedut dan diselaputi dengan satu lapisan  yang dinamakan vernix caseosa
Anda
Anda mungkin menghadapi  beberapa penyakit biasa ketika mengandung iaitu kecing manis dan darah  tinggi. Oleh yang demikian, anda perlu tahu keadaan fizikal terkini dan  pastikan kesihatan berada di tahap normal.
Minggu 28
Bayi
Pada usia ini, bayi sudah cukup  sifatnya dan boleh lahir pada bila- bila masa. Jika bayi lahir pada  usia ini, dia diketegorikan sebagai bayi pramatang. Jantungnya kini  berdegup sebanyak 150 degupan seminit.
Anda
Payu dara kini mula  mengeluarkan kolostrum iaitu sejenis cecair likat. Jika anda berasa  tidak selesa dengan pengeluaran kolostrum tersebut, cuba pakai pad pada  baju dalam bagi mengelakkan rasa melekit.
Minggu 29
Bayi
Bayi semakin membesar dan  memenuhi ke seluruhan ruang dalam perut. Kepalanya mula sepadan dengan  badan. Kening dan bulu mata tumbuh sepenuhnya. Bulu pada badannya terus  tumbuh. Matanya boleh membuka dan ditutup dan mula fokus.
Anda
Dengan perut yang semakin  besar, tidur anda kini sering tidak nyenyak. Selain daripada rasa tidak  selesa semasa berbaring, anda juga semakin kerap ke bilik air. Ketika  ini cara tidur yang betul penting untuk memastikan anda berpeluang untuk  berehat secukupnya. Agar anda rasa selesa ketika berbaring, alaskan  perut dan kaki dengan bantal.
Minggu 30
Bayi
Bayi kini sudah pandai menyesuaikan keadaan mengikut keselesaan.
Anda
Anda akan cepat rasa letih  kerana perut semakin membesar. Jika berjalan terlalu laju anda akan  cepat lelah. Jadi adalah penting untuk anda menjaga posisi. Tidur pada  waktu malam juga mungkin akan terganggu.
Minggu 31
Bayi
Kini, dia sangat aktif dan sudah dapat membezakan antara terang dan gelap.
Anda
Sesak nafas atau  termengah-mengah akan mudah berlaku sekiranya anda tidak berhenti  bergerak. Jadi banyakkan berehat. Jika waktu malam anda rasa kurang  selesa untuk bernafas, pastikan pakaian anda tidak terlalu ketat dan  panas.
Minggu 32
Bayi
Bayi semakin aktif bergerak.  Dia akan memusingkan badan, menendang dan membuat lebih banyak lagi aksi  berbanding sebelum ini. Walaubagaimanapun, kedudukan kepala bayi tetap  berada si permukaan serviks untuk keluar pada bila-bila masa.
Anda
Jika anda bekerja, mulakan cuti sekarang. Nikmati hujung minggu kehamilan ini dengan pelbagai persediaan mental dan fizikal.
Minggu 33
Bayi
Jari jemari mulai terbentuk dengan sempurna. Begitu juga halnya dengan paru-paru. Ketika ini, bayi mula berlatih bernafas.
Anda
Kenaikan berat badan kini tidak  terlalu cepat. Jika tidak pun, berat badan hanya meningkat lebih kurang  1kg untuk setiap minggu. Anda digalakkan memeriksa tahap kesihatan  dengan kerap agar tidak berlaku sebarang masalah.
Minggu 34
Bayi
Berat badannya semakin  bertambah. Matanya mula sensitif terhadap cahaya. Kening dan bulu mata  kini sudah cukup matang dan mata janin kini sudah pandai berkedip-kedip.  Sekiranya janin adalah lelaki, testisnya mula membentuk dengan  sempurna.
Anda
Tekanan darah mungkin akan meningkat agak tinggi. Jadi, jaga sedikit perasaan dan emosi pada peringkat ini.
Minggu 35
Bayi
Tulang kepalanya lembut dan  mudah lentur. Manakala kulitnya mula berubah menjadi kemerah-merahan. 
Kini, dia tahu waktu tidur dan berjaga.
Kini, dia tahu waktu tidur dan berjaga.
Anda
Banyakkan berbincang tentang  emosi dan kesediaan anda ketika di bilik bersalin bersama pasangan atau  sesiapa yang akrab agar rasa gentar dan risau semakin hilang. Dalam masa  yang sama, kawal diet. Jangan berjalan keluar rumah kerana takut  kontraksi boleh bermula pada bila-bila. Bersiap sedia dari sekarang.
Minggu 36
Bayi
Kontraksi awal boleh bermula  sekarang. Jika berlaku tidak terlalu kerap, itu bukan tanda ingin  bersalin. Itu adalah tanda kandungan anda semakin mencapai tahap matang.  Bayi mula pandai bernafas dengan betul, menghisap jari dan belajar  menelan.
Anda
Pernafasan kini menjadi semakin  tidak selesa. Pangkal rahim juga rasa sakit akibat tekanan yang dibuat  oleh bayi dalam kandungan. Pemeriksaan kehamilan pula akan dijalankan  setiap minggu mulai sekarang.
Minggu 37
Bayi
Bulu pada badan bayi mula  berkurangan. Bayi mula mengeluarkan hormon yang dinamakan cortisone yang  membantu mematangkan orang pernafasan.
Anda
Bersedia, mungkin anda bersalin  pada minggu ini. Periksa semua persiapan sebelum dan selepas bersalin.  Jangan takut untuk bertanya apa jua soalan berkaitan dengan proses  kelahiran kepada orang yang berpengalaman. Sikap ini membantu anda  menambah lagi ilmu untuk digunakan ketika di bilik bersalin.
Minggu 38
Bayi
Rambut mulai memanjang sehingga mencecah ukuran 5cm. Begitu juga dengan kukunya.
Anda
Sentiasa peka dengan perubahan  diri. Pastikan tanda-tanda ingin bersalin. Jika ada tanda cepat-cepat  pergi ke hospital. Jangan terlalu banyak membuat kerja-kerja rumah takut  nanti tenaga anda hilang. Kumpulkan tenaga untuk beberapa hari ini  supaya tenaga yang disimpan itu dapat digunakan sepenuhnya ketika di  bilik bersalin.
Minggu 39
Bayi
Pada peringkat ini, anak dalam kandungan kurang aktif dan banyak memperoleh antibodi daripada ibu.
Anda
Masa kini sudah tiba. Rasa  sakit kontraksi kini semakin kerap. Walaupun begitu, jangan biarkan rasa  sakit itu menghantui anda. Tenangkan fikiran dan bersiap sedia untuk ke  hospital.
Minggu 40
Bayi
Pada hujung minggu kehamilan  pembesaran anak mula berkembang dengan lebih cepat. Lima tulang yang  membentuk tengkoraknya belum bergabung antara satu sama lain.
Anda
Anda mula terasa tanda-tanda  sebelum bersalin: sakit belakang, sakit seolah-olah senggugut,  pergerakan perlahan usus, kontraksi dan pecah ketuban. Dalam pada itu  akan ada perasaan takut untuk bersalin dan ragu-ragu dengan kemampuan  diri untuk meneran.
~maksud hadith~
Apabila mati seseorang anak  Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara, sedekah jariah, ilmu  yang diambil orang manfaatnya dan anak yang soleh mendoakannya
No comments:
Post a Comment