klik sini pun boleh..:-)

August 8, 2012

39minggu n ++harinya...

assalamualaikum...

alhamdulillah..kehidupan seperti biasa..namun ujian xpernah lari dari kehidupan seharian kita..haruslah sebagai hamba Allah ujian tu sentiasa ada...xkan terlepas...dan sebagai hambaNya,redha itulah yang paling utama...

alhmdulillah...syukur pada ilahi, kini dan 8bulan lebih saya berkongsi hidup dengan seorang insan yang dipilih tuk mnjadi pemimpin saya...alhmdulillah..trmakasih ya Allah kerana kurniakan dia buat saya..tuk jadi pemimpin dalam hidup saya..sungguhpun punya kelemahan..namun padanya juga ada kelebihan...wajarlah kan setiap pinjaman Allah itu ada lebih dan kurangnya..sedangkan saya juga punya kekurangannya..namun itulah kehidupan suami isteri..perlu saling melengkapi antara satu sama lain..yang kurang pada suami ditutup pada kelebihan seorang isteri dan begitu juga sebaliknya..pendek kata..xde sebb tuk manusia berbicara yang tidak molek tentang rumah tangga seseorang kerana Allah rancang dah cukup cantik...insyaAllah..mudah2an ia segala kelebihan dan kekurangan akan buat kita sentiasa bersyukur dengan limpahan rezeki dan rahmatnya buat kita...

alhamdulillah juga, dengan izin allah saya tidak perlu menunggu lama tuk merasai nikmat yang tak terhingga iaitu "mengandung"..biarpun kini sudah 39 minggu dan lebih juga harinya..hmpir kepada 40 minggu bersamaan 10 bulan..namun alhmdulillah..tanpa suami dan kluarga di sisi..saya blh mnghadapi keadaan2 yang Allah rancang buat saya...trmaksih ya Allah..sekurang2nya saya mersa apa yang mak pernah rasa suatu ketika dulu ketika merantau dan berjauhan dari abah n kluarga kerana tuntutan kerja abah yang sentiasa outstation...

alhamdulillah..dalam pada itu ada rezeki tuk ku mnjadi pendidik...diterima tuk menyertai jqaf dalam saya berbadan dua..alhamdulillah juga kerana bntuan seorang lecturer saya blh teruskan pengajian tnpa menangguhnya..
terimaksih juga ya Allah kerana beri kelapangan tuk ku menghadiri B.I.G (bina insan guru) di kuala tahan dengan aktiviti yang mncabar keadaan saya dan fizikal..segalanya berjalan lancar..terimaksih ya Allah..kerana kesemptan tu kau telah berikan pada hambaMu yg lemah ini..terimaksih krana beri kekuatan kpda ku jga ank dlm kndungan tuk mndaki cerunan bukit dan jln yg licin...masih segar diingatan.."iyyaka na'budu wa iyyaka nastai'n"...sungguh besar pertolongan mu itu ya Allah...

ya allah..hari ni aku teruji lagi...teruji di mana minggu lepas kepala anak ku benar2 engaged dilaluannya..namun minggu ni nurse sahkan yang kepala anakku blm masuk ke laluannya..hati ibu ini sedih ya Allah..hati ibu ini risau dan gusar ya Allah...bantu anakku mncari jalannya tuk ia kluar ya Allah..bntulah ibu muda ini agar mudah kelahirannya yaAllah...bntulah hambamu ini ya Allah...13.8 hari ku perlu menyerah diri ke hospital dengan itu..dengan izinmu mudahknlah segala urusan tuk ku lahirkan anugrah xterhingga ini ya Allah...\

ibu muda ini terlalu rindu tuk menatap anugrahmu...terlalu rindu tuk mndakap memeluk dan mencium zuriat anugrahmu ya Allah...ringanklah bebanan yang ditanggung olehku ya Allah..permudahkanlah urusan tuk ku lahirkan anak ini ya Allah..permudahkanlah urusan anak ku dalam berusaha mencari jalan tuk ia kluar gari rahimku ya Allah..bntulah kami ya allah..yang sedia berjuang tuk agamamu....

anakku..ini yang ibu rasa kini..segala suka dan duka ibu kongsi bersama babahmu..semoga kamu sentiasa sihat di dalam..dan ibu kuat tuk hadapi segala kemungkinan..amin ya rabb...

wassalam...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...